PEMANTAUAN PROJEK JMG-ECER DI KEPULAUAN MERSING

muka depan ecer pulau mersing

Mersing, 10 Oktober 2017 - Pada tahun 2016 yang lalu, JMG Johor telah dilantik oleh ECERDC sebagai agensi pelaksana bagi skop bekalan air bagi Projek Menaiktaraf Kemudahan Asas dan Utiliti di Kepulauan Mersing yang melibatkan 3 buah pulau iaitu Pulau Aur, Pulau Sibu dan Pulau Besar.

Pemantauan telah dilakukan ke Pulau Sibu dan Pulau Besar. Dua sistem rawatan air telah dibangunkan di Pulau Sibu iaitu Kg Kambau dan di Resort Sari Pacifica & SPA, Kg Duku. Sistem rawatan yang dibangunkan adalah berdasarkan situasi setempat. Bagi Kg Kambau, hanya sistem penapis sahaja dibangunkan bagi merawat kualiti air yang sedikit berbau, payau dan berpartikel. ‘RO System’ telah dibangunkan di Sari Pacifica yang menggunakan sumber dari telaga air tanah yang juga dibangunkan oleh JMG. Sistem RO ini terpaksa digunakan kerana akibat daripada pengepaman melebihi tahap kecekapan telaga, air tanah di lokasi telaga tersebut telah tercemar oleh intrusi air masin.

Tiga telaga air tanah telah dibina di Pulau Besar. Sistem rawatan yang melibatkan sistem penapis multielemen dan partikel telah dipasang berserta tangki di salah satu telaga yang dibina. Kerja-kerja di Pulau Besar ini dijangka selesai sepenuhnya padaa penghujung 2017 iaitu pemasangan sistem rawatan ke atas dua telaga air tanah termasuk tangki dan jajaran paip bagi kegunaan penduduk kampung (pulau), resort dan Pusat Informasi Taman Laut Sultan Iskandar yang sedang dibina.

Pembangunan di Pulau Aur juga melibatkan pemasangan sistem ‘RO’ di Klinik Kesihatan dan sistem penapis partikel di masjid Pulau Aur.

Written by : asrul