NRE MEMPERTAHANKAN PIALA PUSINGAN MNRE – MEWR DALAM SUKAN PERSAHABATAN TAHUNAN KE-30 DENGAN KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN SUMBER AIR SINGAPURA (MEWR)

muka depan persahabatan NRE

Singapura, 30 September 2017 – Tiga kakitangan JMG Johor telah dipanggil untuk mewakili NRE dalam sukan persahabatan tahunan ke-30 dengan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura yang diadakan  di Our Tampines Hub (OTH), Singapura.

JMG Johor telah diwakili oleh Mohammed Syahrizal bin Zakaria, Asrul Sani bin Abdullah dan Md Aris bin Md Esa dalam sukan bolasepak. Sebanyak 9 acara sukan telah dipertandingkan dalam sukan persahabatan kali ini. Antara sukan-sukan tersebut ialah golf, bola tampar, ping pong, bola jaring, sepak takraw, boling, bola sepak, karom dan badminton. NRE telah memenangi 7 daripada 9 acara tersebut, dimana bola jaring dan sepak takraw telah mengalami kekalahan dalam temasya kali ini.

Ini sekaligus telah mengangkat NRE sebagai juara keseluruhan dan mempertahankan piala pusingan MNRE – MEWR di edisi yang ke-30. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Menteri MEWR En. Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad dan NRE diwakili oleh Ketua Setiausaha YBHG. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad.

Written by : asrul