PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DAN KUNJUNGAN PENYELIA (UKM) KE JMG JOHOR

muka depan li ukm

Johor Bahru, 17 Ogos 2017 - JMG Johor telah menerima seorang pelajar latihan industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Muhammad Hairulanwar bin Mohd Hasan.

Sepanjang tempoh 2 bulan, beliau telah didedahkan dengan kerja-kerja berkaitan pemetaan geologi khususnya geologi warisan, kajian potensi air tanah termasuk kerja-kerja penggerudian telaga dan pemeriksaan telaga pengeluaran air mineral.

Beliau telah membentangkan segala yang diperoleh sepanjang menjalani program latihan industri di JMG Johor kepada penyelia beliau iaitu En Muhammad Ashahadi bin Dzulkafli dari UKM. Turut serta dalam pembentangan tersebut ialah Ketua Unit Geosains dan Pengurusan Maklumat, pegawai penyelia dan beberapa pegawai JMG Johor.

 

Written by : asrul