KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

muka depan kunjung hormat yb ayub

Johor Bahru, 22 Ogos 2017 - JMG Johor telah membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor di pejabat YB Datuk Exco di Bangunan Dato’ Jaafar Mohammad, Kota Iskandar.

 

Berbagai isu berkaitan alam sekitar dibincangkan termasuklah antaranya isu air khususnya air tanah, pembangunan berhampiran kuari, perlombongan dan pemetaan geotapak iaitu elemen utama pembangunan sebuah geopark.

Kunjungan hormat ini telah disertai oleh En Mohamad Sari Hassan (Timbalan Pengarah), Noorazhar Ngatimin dan Mohd Fauzi Rajimin.