PROJEK NBOS SUMBER BEKALAN AIR DI PULAU PEMANGGIL, MERSING

muka depan projek nbos

Mersing, 9 Julai 2017 - JMG Johor telah mengadakan projek usahasama atau NBOS dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dalam mendapatkan sumber bekalan air bersih kepada penduduk di Pulau Pemanggil, Mersing dari sumber air tanah.

Melalui NBOS ini, JMG bertanggungjawab dalam mencari dan membangunkan telaga air tanah dan Kesihatan pula menyediakan bekalan letrik dan sistem perpaipan, manakala pihak BAKAJ menyediakan tangki air.

Dua buah telaga telah dibina menggunakan kaedah ‘jetting’ dan sejumlah 600gph (gallon per hour) air dapat dihasilkan dan ia mencukupi keperluan air di Pulau Pemanggil ini. Kajian dan kerja-kerja penggerudian ini telah dijalankan pada 9 hingga 15 Julai 2017, manakala kerja-kerja membangunkan sistem rawatan dan pengepaman telah dijalankan pada 6 hingga 12 Ogos 2017.

Written by : asrul