PROJEK NBOS SUMBER BEKALAN AIR DI FELCRA KG. PAUH, SEGAMAT

muka depan jetting felcra pauh

Segamat, 14 Ogos 2017 - Kerjasama antara JMG Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam menangani masalah bekalan air bersih di kawasan pedalaman terus kukuh.

Pada tarikh 14 hingga 19 Ogos 2017 lalu, kajian potensi sumber air tanah di Felcra Kg. Pauh, Segamat telah dijalankan dan dua buah telaga air tanah menggunakan kaedah ‘jetting’ telah dibina. Walau bagaimanapun, luahan air yang diperoleh kurang memberangsangkan dan tidak memungkinkan untuk dibangunkan. Kajian susulan akan dilakukan bagi mengesan lokasi berpotensi termasuk penggerudian dalam batuan keras sehingga kedalaman 100m.