Johor Bahru, 8 Ogos 2017 - Selama dua hari, Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Simposium yang diadakan ini adalah lanjutan daripada Johor Water Forum 2015 dan dalam dua tempoh itu, beberapa program berkaitan kajian potensi air bawah tanah telah berjaya dilaksanakan antaranya di kawasan UTM, Gunung Pulai, dan Istana Pasir Pelangi. Kejayaan ini telah mendorong Kerajaan Negeri Johor untuk memperluaskannya ke kawasan Iskandar Malaysia. Noorazhar Ngatimin telah mewakili JMG dalam program selama dua hari ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2017, MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABDULLAH SANI (PENGARAH JMG JOHOR) DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Johor Bahru, 23 Julai 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2017, Majlis Persaraan En. Abdullah Sani (Pengarah JMG Johor) dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 6/2017, Majlis Persaraan En. Abdullah Sani (Pengarah JMG Johor) dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan untuk rujukan dan makluman semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2017
Johor Bahru, 08 Jun 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 5/2017 dan untuk rujukan dan makluman semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2017
Johor Bahru, 02 Mei 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 4/2017 dan untuk rujukan dan makluman semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2017
Johor Bahru, 03 April 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 3/2017 dan untuk rujukan dan makluman semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2017
Johor Bahru, 16 Mac 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 2/2017 dan untuk rujukan dan makluman semua.
KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR
Johor Bahru, 2 Ogos 2017 - YBhg Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan kunjung hormat mengadap DYMM Sultan Johor.
Turut serta dalam kunjung hormat ini ialah pegawai-pegawai JMG Johor iaitu En Mohd Sari Hassan (Timbalan Pengarah), En Noorazhar Ngatimin (KUGS) dan En Mohamed Hizam Abd Kadir (KULK).
LAWATAN KERJA DATO’ PROF. DR IBRAHIM KOMOO KE JMG JOHOR
Johor Bahru, 31 Julai 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan YBhg Dato’ Prof. Dr Ibrahim Komoo, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.
Kunjungan atau lawatan kerja ini bertujuan membincangkan cadangan pembangunan Geopark Mersing. Hasil perbincangan yang dijalankan, ia telah membuahkan idea konsep yang akan diterapkan dalam Geopark Mersing ini. Turut dibincangkan ialah tindakan yang perlu diambil oleh JMG selaku agensi pelaksana.
MAJLIS PERASMIAN PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA III – SURVEI GEOFIZIK MARIN PERAIRAN LEPAS PANTAI PAHANG DAN JOHOR TIMUR
Pasir Gudang, 1 Ogos 2017 - Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa III-Survei Geofizik Marin Perairan Lepas Pantai Pantai Pahang dan Johor Timur oleh YBhg Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR
Johor Bahru, 31 Julai 2017 - Warga JMG Johor sangat berbesar hati menerima kedatangan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) iaitu Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Kunjungan Ketua Pengarah ke JMG Johor adalah merupakan lawatan kerja beliau yang ketiga selepas JMG Sarawak dan JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.