MAJLIS PERASMIAN PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA III – SURVEI GEOFIZIK MARIN PERAIRAN LEPAS PANTAI PAHANG DAN JOHOR TIMUR

muka depan survei marin

Pasir Gudang, 1 Ogos 2017 - Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa III-Survei Geofizik Marin Perairan Lepas Pantai Pantai Pahang dan Johor Timur oleh YBhg Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Turut serta dalam majlis ini ialah pegawai JMG dari JMG Bahagian Perkhidmatan Teknikal (Geofizik dan Marin), JMG Johor dan JMG Pahang serta kontraktor yang dilantik iaitu Syarikat Spatialworks Sdn Bhd dan Asian Geos Sdn Bhd.

Selepas majlis perasmian, satu sesi lawatan ke kapal yang akan digunakan dalam survei ini iaitu MV Java Imperia telah dijalankan.

Written by : asrul