SIMPOSIUM KELESTARIAN AIR JOHOR DI KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU

muka depan simposium air johor

Johor Bahru, 8 Ogos 2017 - Selama dua hari, Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Simposium yang diadakan ini adalah lanjutan daripada Johor Water Forum 2015 dan dalam dua tempoh itu, beberapa program berkaitan kajian potensi air bawah tanah telah berjaya dilaksanakan antaranya di kawasan UTM, Gunung Pulai, dan Istana Pasir Pelangi. Kejayaan ini telah mendorong Kerajaan Negeri Johor untuk memperluaskannya ke kawasan Iskandar Malaysia. Noorazhar Ngatimin telah mewakili JMG dalam program selama dua hari ini.

Dalam simposium yang dijalankan, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu sumber air alternatif, pengurusan permintaan, institusi dan governan, dan pengurusan lembangan secara bersepadu bagi mencari  resolusi untuk Kerajaan Negeri mengurus sumber airnya dengan lestari. Resolusi ini akan dibentangkan dalam program Water Lea­ders Forum yang dijangka akan diadakan pada 2-3 Oktober 2017 ini. Forum ini yang dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bertujuan merangka halatuju serta pendekatan terbaik bagi jaminan bekalan air ne­geri Johor. Beberapa pakar berhubung pengurusan dan penggunaan air bawah tanah sebagai sumber bekalan air antaranya dari Indonesia, Jepun, Korea dan Singapura akan dijemput untuk membentangkan kejayaan dan pengalaman mereka dalam membangunkan air bawah tanah sebagai salah satu sumber bekalan air.

JMG Johor merupakan antara agensi yang turut terlibat dalam simposium ini telah bersama-sama dalam kumpulan sumber air alternatif. Sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam kajian potensi dan pembangunan sumber air bawah tanah, JMG Johor akan terus memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan sumber air bawah tanahnya.