KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KUARI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KUARI JOHOR

Johor Bahru, 09 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin menerima kunjungan hormat dari Persatuan Kuari Johor yang diketuai oleh Pengerusi iaitu Dato’ Sri Toh Keng Tiong dan beberapa wakil kuari antaranya Hanson Quarry, LLY Quarry dan Saroma Quarry.

Tahun 2024 telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam industri pengkuarian yang diakibatkan oleh kepesatan pembangunan di Johor khususnya dalam sektor pembinaan. Memandangkan lebih 60% kuari telah berdaftar dengan Persatuan Kuari Johor, persatuan menjadi entiti penting dalam menyampaikan segala dasar dan peraturan kerajaan kepada pengusaha-pengusaha kuari. Kerjasama antara Jabatan dan Persatuan perlu diperteguhkan bagi memastikan pemantauan aktiviti kuari di Johor dapat dijalankan dengan sistematik, lestari dan mengikut peraturan.
 
Dalam pertemuan ini, saya sampaikan harapan agar industri pengkuarian di Johor dapat berjalan dengan baik dalam membantu ekonomi Negeri Johor tanpa sesekali mengabaikan tanggungjawab memastikan kesejahteraan negeri dan alam sekitar sentiasa terpelihara rakyat dapat hidup dalam suasana yang kondusif.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul