
Johor Bahru, 29 April 2025 β Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2025 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.Β Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Yong Adilah binti Mustafa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Faizullah bin Mazlan Kepli dan bacaan ikrar oleh Puan Magdaline Enut Anak January Enju. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan Agenda Kelab KSKK JMG Johor yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Antara agenda KSKK adalah sambutan kelahiran Januari - April, sumbangan warded kepada kakitangan, pertandingan menganyam ketupak, kuiz Hari Raya, pakaian terpaling cantik dan duit Raya TnGo. Majlis Sambutan Hari Raya di JMG Johor disambut dengan meriah daripada biasa. Ruang pajabat JMG Johor dihias dengan lampu warna warni dan irama lagu raya klasik berkumandang dari pembesar suara.Semua staf hadir dengan baju Melayu dan kurung berwarna-warni dan menjadikan satu pemandangan yang menyenangkan.
Sumbangan artikel :Β FBΒ jmgjohor