SESI TOWNHALL ISU PENCEMARAN AKIBAT DARIPADA AKTIVITI KUARI DI KAWASAN AYER BEMBAN, KULAI, JOHOR

SESI TOWNHALL ISU PENCEMARAN AKIBAT DARIPADA AKTIVITI KUARI DI KAWASAN AYER BEMBAN, KULAI, JOHOR

Kulai, 7 Mei 2025 - Pengarah JMG Johor YBrs Tn Haji Noorazhar Ngatimin, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En. Hairul Shaharudin dan En. Muhammad Fariz bin Dzulkapri telah menghadiri Sesi Townhall isu pencemaran di kawasan Ayer Bemban (Kulai) di Kompleks Penghulu Sedenak.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Batu iaitu YB Arthur Chiong Sen Sern turut dihadiri Tuan Fizwan bin Dato' Haji Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai dan agensi-agensi Kerajaan seperti JMG, JKR, JAS, Pejabat Daerah Kulai, Pejabat Tanah Kulai serta Majlis Perbandaran Kulai serta pihak industri dan penduduk di sekitar Ayer Bemban.

Isu utama pencemaran yang dibangkitkan oleh penduduk ialah pencemaran udara dan bunyi serta keselamatan lalu lintas yang dikaitkan dengan operasi kuari, tanah merah dan pengusaha premiks. YB Arthur Chiong dan Tuan Tuan Fizwan bin Dato' Haji Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Bersama menyarankan agar semua agensi dapat bekerjasama dalam memantau dan memastikan pengusaha kuari, tanah merah dan premiks mematuhi segala syarat atau peraturan yang dikenakan dalam menjalankan operasi atau aktiviti dimaksudkan, manakala kepada pihak industri diminta untuk mematuhi dan melaksanakan segala syarat dikenakan.

Selaras dengan pengiktirafan Kulai sebagai bandar kelima paling bahagia di Malaysia yang diterima pada tahun 2024, Tuan Fizwan bin Dato' Haji Mohd Rashidi amat berharap segala isu dibangkitkan oleh penduduk dapat diselesaikan secara bijaksana dan hasrat serta matlamat memberikan kehidupan sejahtera dan kondusif kepada penduduk dapat direalisasikan.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor