
Pontian, 12 April 2025 - JMG Johor telah bekerjasama dengan Politeknik Ibrahim Sultan (Pasir Gudang) dan Blerong Geoguide Services menyantuni OKU Penglihatan dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia [Society of The Blind Malaysia (SBM) Cawangan Johor] menganjurkan Program Áccessible Geo-Tourism’di Tanjung Piai, Pontian.
Program yang julung-julung kali diadakan ini telah memberikan pendedahan kepada peserta bagaimana kaedah menyantuni golongan OKU penglihatan khususnya dalam memberikan mereka pengalaman suatu yang baharu. Dalam program ini, mereka diberikan pengetahuan akan pokok bakau yang menjadi elemen penting di sekitar Tanjung Piai dan mengenali bahan batuan yang penting dalam kehidupan. Antaranya ialah batuan seperti batu kapur dan granit yang menjadi unsur utama pembinaan termasuk bangunan dan jalan raya, emas yang menjadi bahan perhiasan utama dan pasir silika yang menjadi bahan utama pembuatan kaca serta mineral-mineral bijih seperti bauksit dan hematit turut diberikan.
Tidak lengkap program di Tanjung Piai jika tidak merasai keenakan kopi tenggek. Para peserta telah dihidangkan dengan kopi tenggek dan teh jeruju yang dihasilkan daripada pohon bakau.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor