LAWATAN INDUSTRI BERASASKAN MINERAL BERSAMA CAWANGAN EKONOMI MINERAL, IBU PEJABAT DI SEKITAR JOHOR

JOHOR – Pada 15 Mac 2016 yang lalu, satu rangka lawatan industri berasaskan mineral di sekitar Johor telah dibuat di mana lawatan tersebut melibatkan sekumpulan kakitangan JMG Johor bersama para pegawai dari Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat. Program lawatan tersebut telah berjalan selama 4 hari di mana ianya berakhir pada 18 Mac 2016.

1Foto 1 : Sesi penerangan ringkas berkenaan syarikat oleh Mr Franc Molto, Industrial manager-Asia Pacific Syarikat Terreal (M) Sdn Bhd.

Lawatan ke 6 buah syarikat telah dijalankan di mana 3 syarikat terletak di Pasir Gudang (Stone World Sdn Bhd, Niro Ceramic dan Premier Bleaching Earth), 1 syarikat di Chaah (Lombong Besi Chaah), 1 syarikat di Yong Peng (Yong Peng Batu Bata) dan 1 syarikat di Kluang (Terreal (M) Sdn Bhd) .

Dalam sesi lawatan ini para peserta didedahkan dengan pelbagai info dan maklumat berkenaan dengan penggunaan sumber mineral dalam pelbagai industri selain turut didedahkan dengan proses-proses mekanikal dalam pengeluaran sesuatu kilang. Para peserta telah dibawa melawat ke seluruh kawasan kilang bermula dari kawasan raw material mula diproses sehingga kepada penghasilan end product.

Turut diadakan adalah sesi bertukar pandangan antara pihak jabatan dan pihak industri dalam usaha pihak jabatan mengetahui masalah serta senario terkini yang dihadapi oleh pihak industri. Semoga lawatan ini memberi manfaat serta ilmu yang berguna untuk semua peserta.

 

2

Foto 2 : Lawatan di kawasan pit Lombong Besi Chaah.

 

3

Foto 3 : Lawatan ke bahagian pemotongan dan pembuatan kilang Stone World Sdn Bhd.