TAKLIMAT PEMETAAN GEOLOGI DI SIREHPARK@ISKANDAR PUTERI

muka depan taklimat pemetaan geologi sireh park

Johor Bahru, 4 Januari 2018 - Satu sesi taklimat berhubung aktiviti pemetaan geologi yang akan dijalankan di SIREHPark@Iskandar Puteri telah dijalankan. Sesi taklimat telah diberikan oleh En. Mohd Fauzi bin Rajimin yang turut akan bertindak sebagai penyelaras dalam aktiviti pemetaan ini.

Matlamat utama pemetaan geologi yang akan dijalankan di SIREHPark@Iskandar Puteri ialah mendapatkan data dan info terperinci geologi di kawasan tersebut. SIREHPark@Iskandar Puteri merupakan sebuah Taman Semulajadi yang sedang dibangunkan oleh UEM Sunrise (anak syarikat UEM Group) yang mengetengahkan prinsip rekreasi, pendidikan dan saintifik serta akan menjadi kepada pembangunan lestari Iskandar Puteri.

Pemetaan geologi ini juga menjadi medan pembelajaran kepada Pegawai Geosains yang masih baru di JMG Johor dalam memahami dan seterusnya memetakan sebuah kawasan.

Sumbangan artikel : En. Noorazhar b. Ngatimin