PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

muka depan perlawanan bolasepak 2015

Johor Bahru, 10 September 2015 – Baru-baru ini, satu perlawanan bola sepak persahabatan antara JMG Johor dan staff Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM yang telah diadakan di padang UTM B, Skudai. Perlawanan yang berlangsung pada pukul 5.00 petang itu berlangsung dalam keadaan yang baik sekali bagi kedua-dua pasukan. Ini merupakan perlawanan yang kedua bagi kedua-dua pasukan, dimana sebelum ini telah dimenangi oleh pasukan JMG Johor.

Dalam perlawanan tersebut, JMG Johor telah melakar kemenangan yang bergaya dengan jaringan 5 berbalas 2, walaupun agak ketinggalan pada mulanya dengan jaringan 2-0. Tetapi dengan semangat juang yang tinggi pemain-pemain telah membuktikan bahawa, walaupun ketinggalan pada suatu ketika, boleh juga memenangi perlawanan tersebut dengan bergaya sekali. Tujuan utama perlawanan tersebut adalah ingin mengeratkan lagi silaturahim antara staff JMG Johor dan staff Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM.