KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SUB (KERAJAAN TEMPATAN) SUK NEGERI JOHOR

muka depan kunjung hormat ke pejabat SUB 2018

Johor Bahru, 22 Mac 2018 - Baru-baru ini, En. Noorazhar bin Ngatimin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat SUB (Kerajaan Tempatan) SUK Negeri Johor, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed.

Disamping menjalin hubungan silatulrahim, perkara utama yang dibincangkan ialah berhubung pemeliharaan sumber air panas di Kolam Air Panas Gersik Muar. Pihak JMG telah selesai menjalankan kajian geofizik bagi mendapatkan maklumat berhubung sumber kewujudan air panas di kolam air panas tersebut. Penemuan ini akan membantu Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut tanpa mengganggu punca air panas yang terdapat di kawasan berkenaan. Di pertemuan tersebut, penulis telah menjelaskan serba sedikit berhubung kewujudan air panas dan seterusnya menyerahkan laporan kajian.

JMG akan terus membantu Kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan tersebut. Antara yang dibincangkan ialah mengenalpasti kekuatan lapisan tanah bawah permukaan yang telah menyebabkan berlakunya beberapa retakan kecil ke atas binaan yang didirikan.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin