MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2018

Johor Bahru, 2 Oktober 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi b. Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Abdul Manaf b. Hanapiah dan pembaca ikrar oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis bersambung lagi dengan majlis perpisahan En. Muhammad Falah b. Zahri dari unit geosains yang akan berpindah ke JMG BPT, Perak. Selamat maju jaya diucapkan kepada En. Muhammad Falah dari warga JMG Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah