KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA MENINJAU BAY JMG JOHOR DI CIQ, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA MENINJAU BAY JMG JOHOR DI CIQ, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Johor Bahru, 20 Januari 2019 - Satu lawatan kerja mengejut oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi ke Johor Bahru bagi meninjau bay JMG Johor yang digunakan bagi kerja pemeriksaan ke atas pengeksportan pasir dan bahan batuan di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah En. Salehuddin bin Mohamad, Pegawai Khas KP dan diiringi oleh pegawai-pegawai daripada JMG Johor yang diketuai Pengarahnya, En. Mohamad Hussein bin Jamaluddin. Ini adalah susulan arahan daripada YBhg Datuk KSU KATS supaya mengarahkan pihak JMG untuk membuat kawalan dan pemeriksaan harian terhadap bahan batuan dan mineral yang hendak dieksport ke Singapura melalui CIQ Johor.

Perjumpaan bersama pihak Pengurusan Kastam dan PTG CIQ Johor telah diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan hal-hal berkenaan isu tersebut. Sejurus melawat CIQ Johor, lawatan diteruskan ke Johor Port di Pasir Gudang untuk berbincang dengan pihak Kastam disana dan meninjau keadaan dan permasalahan yang dihadapi berkenaan isu kawalan dan pemeriksaan terhadap bahan batuan dan mineral yang dieksport melalui laluan laut pula. 

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah