PROGRAM LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE MERSING

PROGRAM LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE MERSING

Mersing, 05 September 2019 - Baru-baru ini, Urusetia Program lawatan kerja rasmi YAB Menteri Johor ke Mersing telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.

Pentingnya Mersing Geopark terlibat dengan program ini ialah bagi menambah kerancakan dalam membangunkan Mersing sebagai sebuah Geopark  dalam peringkat Kebangsaan dan dari komuniti untuk komuniti. Rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor antaranya YB Dato Hj Azmi Rohani (SUK), YB Dato Hj A.Rahim b. Hj Nin (Pegawai Kewangan Negeri) dan Dato Hj Ramlee b. Hj Abdul Rahman (TSUK Pembangunan) serta Tuan Asman Shah Abdul Rahman (DO Mersing) dan Tuan Norazmi b. Hj Amir Hamzah (YDP MDM).  

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah