LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI JOHOR 2019

LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI JOHOR 2019

Pengerang, 6 November 2019 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2019 Johor telah dilaksanakan di Kg. Dato' Abd. Ghani Othman, Teluk Ramunia, Pengerang berhampiran dengan  telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Farizal bin Ismail.

Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mengatasi Jerebu merupakan satu program menggunakan Konsep NBOS. Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi peneraju dalam program yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

JMG merupakan agensi bertanggungjawab yang mencari dan membangunkan sistem telaga air tanah bagi membekalkan air ke kawasan tanah gambut yang terbakar. Penggunaan air tanah dalam program ini amat relevan dan penting kerana kebakaran tanah gambut biasanya berlaku pada waktu kemarau yang menyebabkan air sungai menjadi kering.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah