KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM WILAYAH SELATAN KE JMG JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM WILAYAH SELATAN KE JMG JOHOR

Johor Bahru, 23 November 2020 - Baru-baru ini, Pengarah MARITIM Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa Timbalan Pengarah (Operasi), Puan Irmawati binti Ismail Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Leftenan Madya Maritim Syahrul Hisham Axli Putera bin Hamzah Pegawai Komunikasi Korporat.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mengenali lebih dekat struktur organisasi JMG Johor disamping memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara dua jabatan. Kunjungan disambut oleh Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah Pengarah JMG Johor. Pertemuan singkat ini telah menghasilkan satu hubungan silatulrahim yang amat bermakna bagi kedua-dua Jabatan. Antara yang dibincangkan ialah peranan yang harus dimainkan oleh kedua-dua jabatan selaku wakil agensi persekutuan di Negeri Johor. 

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah