MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh En. Izzat Azizi b. Mohamad (Mystep) dengan tajuk " Kitaran Batuan" dan ceramah dari Cuepacscare oleh En. Mohamad Yogi Syah Putra b. Kamarul dengan tajuk "Medical Card untuk Penjawat Awam serta Perlindungan Takaful Seisi Keluarga". Pihak Jabatan juga dibawah KSSK JMG Johor juga telah meraikan kakitangan yang menyambut kelahiran untuk bulan April hingga Oktober 2021 dengan membuat sedikit majlis ringkas dan penyampaian cenderahati untuk mereka semua.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah