MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2021 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 November 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 JMG Johor kali ini telah diadakan secara maya disebabkan sebahagian pegawai dan kakitangan JMG Johor berada di luar kawasan kerana terlibat dengan tugasan masing-masing. 

Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Syazwan Zainal b. Jainie, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammed Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini. Majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan "Peraturan Pemberitahuan Telaga dan Korekan 2013" oleh En. Norhazidi b. Masrom.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah