MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2022 DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2022 DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 07 Jun 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2022 dan Majlis Perpisahan Kakitangan JMG Johor telah diadakan di Suasana Hotel, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh En. Md Aris b. Md Esa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Farhan b. Daud. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perpisahan Kakitangan JMG Johor kali ini.

Majlis Perpisahan ini diadakan bagi meraikan serta memberi penghargaan kepada warga JMG Johor yang akan berpindah dan berkhidmat ditempat baharu. Tiga orang kakitangan JMG Johor yang akan berpindah iaitu En. Yusari b. Basiran, En. Mohd Fauzi b. Rajimin dan Pn. Nor Asmah bt. Abdul Aziz. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga segala ukhwah dan kenangan terindah akan terus diingati bersama-sama.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah