MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2022 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2022 JMG JOHOR

Johor Bahru, 30 Oktober 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Syahmi b. Mohamad, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Norhazidi b. Masrom dan bacaan ikrar oleh En. Khairul Zaman b. Ibrahim. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis KSKK iaitu penyampaian hadiah bagi pertandingan ping pong dan boling sempena Hari Sukan Negara baru-baru ini dan Mesyuarat Agong KSKK kali ke 19 bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru. Selepas itu satu sesi ceramah dari SPRM berkenaan tajuk "Bicara Anti Rasuah" yang telah disampaikan oleh Pn. Salmiha bt. Saidin Pegawai dari SPRM Negeri Johor.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah