MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2022 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2022 JMG JOHOR

Johor Bahru, 30 November 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Wan Fauzilawati bt. Wan Omar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan bacaan ikrar oleh En. Mohd. Faizullah b. Mazlan Kepli. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa oleh En. Taufik b. Rahmat.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah