MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2023 JMG JOHOR DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2023 JMG JOHOR DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH

Johor Bahru, 15 Mei 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2023 JMG Johor dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Shazwan Zainie b. Jainal diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022. Antara penerimanya ialah En. Khairul Zaman b. Ibrahim dari Unit Geosains, En. Mohd Khairani b. Othman dari Unit Pengurusan Maklumat dan Pn. Nur Asnida bt. Zamru. Seterusnya ceramah daripada pihak SPRM yang bertajuk 'Kesalahan Utama dalam ASPRM' dan tayangan montaj berkenaan Ikrar Bebas Rasuah.

Selepas itu majlis lafaz ikrar dan tandatangan IBR warga JMG Johor yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr. Sia Say Gee sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah  SPRM Johor.

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah