LATIHAN E-STAR DETONATOR DI JMG JOHOR

LATIHAN E-STAR DETONATOR DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 20 Jun 2023 – JMG Johor telah menganjurkan satu latihan E-Star Detonator daripada Syarikat Austin Powder di JMG Johor. Latihan tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Latihan telah dipengerusikan oleh Encik Hairul b. Mohamed Shaharudin dan dihadiri oleh wakil daripada pihak syarikat lombong dan kuari di negeri Johor.

Antara syarikat-syarikat yang hadir pada latihan tersebut ialah Saroma Engineering Sdn. Bhd , Hap Seng Building Materials Sdn. Bhd , Bentara Gemilang lndustries Sdn. Bhd dan beberapa syarikat lain. Tenaga pengajar ialah Encik Mohamad Razif Bin Kemat , wakil daripada Austin Powder Malaysia. Latihan ini bertujuan sebagai satu pendedahan baru kepada syarikat perlombongan dan kuari di negeri Johor untuk menggunakan teknologi baru untuk syarikat mereka.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah