PROGRAM TOWARDS GEOTOURISM BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN

PROGRAM TOWARDS GEOTOURISM BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN

Kota Tinggi, 13 - 15 Ogos 2023 - Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Cawangan Johor dengan kerjasama Koperasi Sinar Tanjung Balau (KSTB) telah mengadakan satu program iaitu “TOWARDS GEOTOURISM: BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR” sebagai satu bentuk inisiatif yang diketengahkan bagi memperkasa keupayaan komuniti dalam membangun dan mengurus produk-produk Geopelancongan di Kota Tinggi, Johor.

JMG Johor telah dijemput sebagai penceramah bagi berkongsi input dan kepakaran dalam bidang geologi dan seramai 7 orang pegawai dan kakitangan JMG Johor telah terlibat dalam program ini. Selain itu, lawatan berpandu ke Galeri Geologi, Muzium Nelayan serta geotapak Tanjung Balau turut dijalankan untuk memberi pencerahan yang lebih baik kepada peserta tentang ilmu geologi khususnya di kawasan geotapak. Semoga perkongsian ini dapat menyuntik kesedaran masyarakat tentang nilai warisan geologi di Geotapak Tanjung Balau.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor