MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

Mersing, 12 Oktober 2023 – Satu mesyuarat pemajuan perkhidmatan penggerudian bagi kajian potensi zon anomali bijih besi telah diadakan di SK Punan, Kahang yang melibatkan penggerudian dua buah lubang dalam dengan kaedah wireline drilling berserta persampelan di Kahang, Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat ini turut membabitkan sinergi daripada En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Tn. Hj. Noorazhar Ngatimin, Tn. Hj. Shari bin Ismail dan En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Ahmad Fadhil bin Ahmad dan beberapa pegawai lain.

Lawatan ke tapak penggerudian ini secara implisit memberikan pendedahan berkenaan tatacara penggerudian bagi tujuan persampelan. Hasil pensampelan menunjukkan potensi zon anomali bijih besi bermagnetik sederhana dan lemah. Penyediaan laporan akhir berkaitan penggerudian bagi projek ini dijangka akan diselesaikan pada akhir bulan Oktober 2023. Diharapkan laporan ini dapat dijadikan sebagai navigasi untuk menarik pelabur pada masa akan datang.

 

Sumbangan artikel : FB jmgmalaysia