MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PROJEK PENGGERUDIAN BATUAN KERAS DI KAWASAN HUTAN SIMPAN LABIS, JOHOR

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PROJEK PENGGERUDIAN BATUAN KERAS DI KAWASAN HUTAN SIMPAN LABIS, JOHOR

Bangi, 21-23 Oktober 2023 – Satu mesyuarat pemurnian laporan projek penggerudian batuan keras di kawasan hutan simpan Labis, Johor telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Dr Sia Say Gee, Tn. Hj. Shari bin Ismail, En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman, En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Ahmad Fadhil bin Ahmad dan pihak kontraktor.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan penyediaan dan memutakmadkan laporan akhir berkaitan projek ini yang telah selesai baru-baru ini. Diharap laporan yang dibuat ini dapat dijadikan sebagai navigasi untuk menarik pelabur pada masa akan datang.

 

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah