TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS)

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS)

Johor Bahru, 23 Oktober 2023 - Satu taklimat berkenaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Taklimat ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Cawangan Pengurusan Maklumat JMG Malaysia yang diketuai oleh Dr. Mohamad bin Abd Manap, Pn. Norhayati binti Mohd Rawi dan En. Suhaimizi bin Yusoff. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) yang telah dibangunkan oleh JMG. Di akhir program, warga JMG Johor telah berpeluang berdaftar sebagai pengguna MyGEMS.