Bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Warga JMG Johor

Bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Warga JMG Johor

Johor Bahru, 4 Februari 2015 – Warga JMG Johor telah sama-sama melafazkan bacaan ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 semasa Perhimpunan bulanan JMG Johor yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza.

Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor dalam perutusan beliau menyatakan bahawa kita perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi pelbagai masalah. Setiap perkara atau masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya supaya kita dapat bangun kembali dengan memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan kekuatan kita. Pengarah juga menyampaikan isu-isu semasa berkaitan jabatan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di JMG Johor.

Satu taklimat mengenai Cadangan Pembangunan Geopark telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Rajimin @ Jeman, Pegawai Geosains Kanan. Perhimpunan bulanan diakhiri dengan tayangan multimedia sorotan peristiwa dan aktiviti sepanjang bulan Januari 2015.