JMG DI PAMERAN INTERAKTIF SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SMKA SEGAMAT

muka depan minggu sains segamat 2018

Segamat, 6 April 2018 - Minggu Sains Negara diadakan dari 1 hingga April 2018 dan sambutan di Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 6 hingga 7 April 2018 di SMKA Segamat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif.

Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization For Education, Science And Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

JMG Johor telah menyertai Program Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor dalam pameran interaktif. Pada pameran ini pihak Jabatan telah berkongsi maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan seperti kajian air tanah dan kepentingannya, pemuliharaan alam sekitar dan warisan geologi, dan sampel-sampel mineral, batuan dan bijih seperti emas, besi, tembaga dan lain-lain.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Haji Ayub bin Rahmat; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor berharap kesedaran masyarakat akan kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dapat dipertingkatkan. Seterusnya secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat anak-anak untuk memilih bidang dan jurusan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebagai kerjaya.

Program ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin