KAJIAN STRUKTUR TANAH DI KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK, MUAR, JOHOR

muka depan kerjalapangan sungai gersik muar 2018

Muar, 4 Julai 2018 - Kerja lapangan telah dijalankan di Kolam Air Panas Sungai Gersik oleh pasukan JMG Johor bertujuan untuk menentukan profil subpermukaan dan melihat keadaan kestabilan tanah di kawasan tersebut. Terdapat 4 lokaliti persampelan dan pencirian lapangan gambut dan tanah lembut  serta 4 lokaliti telah dilakukan ujian kejuruteraan iaitu Mackintosh Probe di sekitar Kolam Air Panas Sungai Gerisik, Muar. Kaedah persampelan gambut dan tanah lembut serta kaedah Mackintosh telah digunakan dalam kajian ini.

Selain itu, kerja ukur aras ataupun surveying telah dijalankan di kawasan Kolam Air Panas, Sungai Gersik, Muar. Peralatan seperti alat aras, kakitiga alat aras(tripod), setaf , gelembung setaf, pita ukur, dan boring pembukuan ukur aras telah digunakan. Kerja  ukur aras  ini dilakukan untuk mengetahui ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi  dengan satu titik rujukan iaitu datum dan menghasilkan pelan lengkap  bagi kawasan Kolam Air Panas, Sungai Gersik,Muar.

Kaedah ukur aras ialah mencari perbezaan antara dua titik yang dekat dan saling  nampak. Semua bacaan yang telah diambil dicatatkan ke dalam buku kerja luar pada halaman yang telah disediakan.Pertamanya cara naik dan  turun dan keduanya cara  tinggi garis  pengkolimatan telah digunakan untuk menentukan tinggi titik (aras laras).

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah