Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013

Johor Bahru - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013 pada 5 Februari 2013. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan seterusnya mengenalpasti bakat serta menggalakkan semangat bersukan di kalangan kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi telah merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan di Danga City Mall. Kejohanan tahun ke-3 ini telah disertai oleh 35 orang kakitangan JMG Johor dan menyaksikan penyertaan paling ramai berbanding kejohanan terdahulu.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Biro Sukan melakukan perubahan dengan memperkenalkan tiga kategori iaitu lelaki divisyen 1, lelaki divisyen 2 dan wanita. Hadiah wang tunai berjumlah RM970 menjadi rebutan para peserta.

Berikut adalah senarai pemenang setiap kategori;

Kedudukan

Pemenang

Hadiah

Lelaki Divisyen 1

Johan

Anuar Saat

RM 200

Naib Johan

Norazman Isa

RM 100

Ketiga

Mohd Razman Yusop

RM 50

Lelaki Divisyen 1

Johan

Noorazhar Ngatimin

RM 100

Naib Johan

Mohd Iedil Omar

RM 50

Ketiga

Abdul Hasibul Jalil Jusoh

RM 30

Wanita

Johan

Roziah Johan

RM 100

Naib Johan

Norhaslinda Zainul

RM 50

Ketiga

Norleeazni Ahmad

RM 30