KUNJUNGAN HORMAT KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR

muka depan kunjungan hormat DYMM Sultan Johor

Johor Bahru, 19 Mac 2018 - Baru-baru ini, YBhg Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke bawah DYMM Sultan Johor. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani (SUK Negeri Johor), Datuk Daing A Malek bin Daing A Rahaman dan En. Mohammad Hussien bin Jamaluddin.

DYMM Sultan Johor meminta agar kerja-kerja berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi terus diperhebat. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian mesti dikawal dan dipantau malah perlu dihadkan sekadar keperluan sahaja.

Selaku Ketua Jabatan Agensi Persekutuan, perlu wujudkan hubungan baik dengan kepimpinan Negeri agar setiap aktiviti atau projek yang dilaksanakan akan dapat memberikan manfaat yang optimum kepada rakyat.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin