KUNJUNGHORMAT JAWATANKUASA SAINTIFIK ASPIRING MERSING GEOPARK KE PEJABAT DAERAH MERSING

5.8.2018 Kunjunghormat ke Pejabat DO Mersing

05 Ogos 2018, Jawatankuasa Saintifik Aspiring Mersing Geopark yang dianggotai oleh JMG Johor, Geotropik UTM dan PPL UKM telah berkesempatan mengunjungi Yang Berbahagia Tuan Asman Shah bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Mersing.


JMG Johor telah disertai oleh Noorazhar Ngatimin dan Mohd Fauzi Rajimin dalam membentangkan cadangan mewujudkan sebuah geopark di Mersing. Turut serta ialah Prof Edy Tonnizam Mohamad dan Dr Zulhafiz (Geotropik, UTM) dan Prof Norhayati Ahmad (PPL, UKM).


Maklumbalas amat positif diterima dari Tuan Pegawai Daerah dan menyatakan komitmen dalam memastikan terrealisasinya Mersing Geopark.

Sumbangan artikel : Noorazhar b. Ngatimin