KUNJUNGHORMAT JAWATANKUASA SAINTIFIK ASPIRING MERSING GEOPARK KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING

kunjunghormat ke ppd mersing

05 Ogos 2018, Jawatankuasa Saintifik Aspiring Mersing Geopark yang dianggotai oleh JMG Johor, Geotropik UTM dan PPL UKM telah berkesempatan mengunjungi Yang Berbahagia Tuan Haji Md Jais bin Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing.

JMG Johor telah disertai oleh Noorazhar Ngatimin dan Mohd Fauzi Rajimin dalam membentangkan cadangan mewujudkan sebuah geopark di Mersing. Turut serta ialah Prof Edy Tonnizam Mohamad dan Dr Zulhafiz (Geotropik, UTM) dan Prof Norhayati Ahmad (PPL, UKM).

Disamping menyatakan hasrat untuk mewujudkan sebuah geopark, turut menjadi elemen penting untuk mendapatkan sekolah yang boleh dijadikan sekolah angkat Mersing Geopark dan pastinya perkara ini memerlukan restu dan cadangan daripada PPD.

Respon positif diterima dari PPD untuk membangunkan geopark khususnya dalam memberikan pengetahuan kepada anak bangsa akan ilmu kelestarian dan kesejahteraan sebuah kehidupan.

 

Sumbangan artikel : Noorazhar b. Ngatimin