KUNJUNG HORMAT PROF. EMERITUS DATO' DR. IBRAHIM KOMOO KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR

muka depan dr ibrahim komoo

Johor Bahru, 18 Mei 2017 - Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamed telah mengadakan kunjung hormat ke Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor.

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo yang lebih dikenali sebagai IBK oleh rakan-rakan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan dan Principal Fellow & Chair, Langkawi Research Centre (PPL). Prof. IBK juga merupakan Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli [Majlis Profesor Negara (MPN)], Pakar Antarabangsa kepada UNESCO Global Geopark, Penyelaras untuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik [Asia Pacific Geoparks Network (APGN)] dan Naib Presiden Persatuan Rangkaian Geopark Global [Global Geoparks Network Association (GGNA)], Fellow Institut Geologi Malaysia dan Fellow Akademi Sains Malaysia.

Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad merupakan Pengarah Pusat Geokejuruteraan Tropik [Tropical Geoengineering Centre (GEOTROPIK)], Ketua Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan dan Ketua Kumpulan Penyelidik Geokejuruteraan dan Geobencana (Geoengineering and Geohazard Research Group), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Panel Pakar dalam Dasar Pembangunan Lestari Johor dan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan survei atau kajian berkaitan potensi dan pembangunan air tanah dan mineral.

Kunjung hormat ini antaranya ialah menyuarakan hasrat untuk mewujudkan Mersing Geopark dan kajian pembangunan air tanah dan mineral di Johor.