Kursus Penggerudian Besi Di Lombong Besi Chaah

Batu Pahat, 18 Disember 2013 – Unit Sumber Mineral JMG Johor telah menganjurkan kursus yang dirancang khusus bagi menangani masalah tidak cukup kursus bagi kakitangan JMG Johor dalam menghadiri kursus 7 hari dalam setahun bertempat di Lombong Besi Chaah.

Kursus yang dihadiri oleh 3 orang peserta dan 4 orang fasilitator selama dua hari itu dibahagikan kepada dua slot iaitu taklimat dan sedikit teori termasuk latar belakang dan objektif kursus. Peserta telah dibawa ke lapangan bagi melihat sendiri kerja penggerudian yang dijalankan iaitu penggerudian ‘diamond drilling’ dan ‘reverse circulation’ serta kerja-kerja persampelan. Dengan berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta mendapat gambaran bagaimana suatu kajian menentukan potensi bijih besi dijalankan.