LATIHAN PENGEPAMAN DAN PENYELENGGARAAN TELAGA GAMBUT UNTUK PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGURUSAN KAWASAN GAMBUT YANG SERING TERBAKAR DI KOTA TINGGI, JOHOR

muka depan taskforce kota tinggi

Kota Tinggi, 25 April 2016 - Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menyediakan beberapa telaga dalam batuan keras yang bertujuan untuk digunakan bagi membekalkan air untuk memadamkan kebakaran kawasan gambut terutamanya semasa musim kemarau. Kawasan gambut yang sering terbakar akan menghasilkan jerebu yang mencemar alam sekitar.

 

gam1

Foto 1 : Air yang di pam di alirkan ke dalam sistem saliran yang berhampiran.

JMG Johor juga adalah bertanggungjawab untuk menyelenggarakan sistem telaga dan mengepam air sekiranya diperlukan oleh pihak bomba. Latihan ini bertujuan untuk memastikan anggota yang terlibat untuk menjalankan pengepaman dan penyelenggaraan telaga ini sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan telaga dan peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan baik. Latihan telah dijalankan dari 25 April 2016 hingga 28 April 2016 melibatkan telaga-telaga yang telah dibina oleh JMG Johor di kawasan Kota Tinggi, Johor.

 

gam3

Foto 2 : Peserta kursus bergambar kenangan.

Objektif latihan adalah untuk memastikan anggota pasukan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia, menambah kecekapan anggota dalam mengendalikan peralatan pengepaman seperti generator dan pam selam selain memastikan telaga dan peralatan untuk pengepaman berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan. Seramai 9 orang peserta  yang terdiri daripada kakitangan JMG Johor telah terlibat dalam latihan selama 4 hari ini.