Lawatan Kerja TKP (KEM) dan Pengarah PPO ke JMG Johor

Lawatan Kerja TKP (KEM) dan Pengarah PPO ke JMG Johor

Johor Bahru, 7 Januari 2015 – Warga JMG Johor sangat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Mior Sallehuddin bin Mior Jadid, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) sempena lawatan kerja ke JMG Johor. Turut sama hadir mengiringi beliau ialah Tuan Haji Abdul Halim bin Hamzah, Pengarah Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi.

Majlis dimulakan dengan penyampaian taklimat status pencapaian JMG Johor sepanjang tahun 2014 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) iaitu Encik Abdullah Sani bin H. Hashim. Tayangan multimedia aktiviti JMG Johor tahun 2014 telah dipaparkan selepas selesai sesi taklimat tersebut.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Mior Sallehuddin menyatakan bahawa ini adalah lawatan kerja pertama beliau selepas menjawat jawatan TKP (KEM). Beliau mengucapkan tahniah atas persediaan khususnya apabila berkongsi pencapaian dan memaklumkan perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2015. TKP (KEM) juga telah berkongsi maklumat dan isu-isu semasa mengenai jabatan. Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi dialog bersama semua warga JMG Johor.