LAWATAN KERJA YBHG DATUK KP JMG KE JMG JOHOR

muka depan lawatan KP JMG ke pejabat JMG Johor

Johor Bahru, 20 Mac 2018 - YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor.

Ingatan beliau kepada warga JMG Johor agar sentiasa bahu membahu dan bekerjasama dalam apa jua kerja yang dilakukan. Kejayaan akan mudah dicapai dengan komitmen dan kerjasama ramai. Sifat bertolak ansur dan berlapang dada perlu menjadi resepi seorang pemimpin dalam memimpin sesebuah organisasi.

Dalam menjalankan tugas, jika anda seorang pemimpin atau ketua maka menjalin hubungan erat dengan Kerajaan Negeri merupakan kepastian. Peranan sebagai wakil Persekutuan perlu dilakukan dengan sebaiknya.

Ingatan beliau mengakhiri ucapan, ‘SENTIASA BEKERJASAMA DAN BEKERJA KERANA ANDA SUKA DAN SERONOK AKAN PEKERJAAN YANG DILAKUKAN…’

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin