Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Istana Johor

Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Istana Johor

Johor Bahru, 20 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor untuk bertemu dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.

Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah sebagai tanda salam perpisahan kerana Tuan Haji Shahar Effendi akan berpindah ke Ipoh sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral. Kunjungan berakhir dengan penyerahan cenderahati fosil kayu terpetri daripada JMG Johor.