Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Johor Bahru, 1 Mac 2015 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor kepada Y.B Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabat beliau di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.

Ini merupakan kunjungan beliau yang pertama secara rasminya setelah bertugas sebagai Pengarah JMG Johor. Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri di samping bertukar-tukar pandangan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pewartaan Tapak Warisan Kebangsaan Tanjung Balau, pembangunan Geopark Kepulauan Mersing dan penggunaan Sumber Air Bawah Tanah termasuklah pulau-pulau.