LAWATAN KERJA RASMI KP JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR DAN PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2021 JMG JOHOR

LAWATAN KERJA RASMI KP JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR DAN PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 Mac 2021 – Majlis lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg Tn. Hj. Hisamuddin b. Termidi dan Perhimpunan Bulanan Bil 3/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Abd Manaf b. Hanafiah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fariz b. Dzulkapri dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis bersama KP JMG Malaysia dan Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg Tn. Hj. Hisamuddin b. Termidi. Turut mengiringi YBhg KP dalam lawatan ini ialah En. Zamri b. Ramli (TKP KEM, Ibupejabat) dan En. Salehuddin b. Mohamad (Pegawai Khas KP, Ibupejabat). Majlis disusuli dengan aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor bagi penyampaian cenderamata dan majlis ringkas kepada pegawai yang diraikan antaranya sumbangan warded, meraikan anak-anak SPM, sambutan hari lahir warga JMG Johor dan hari lahir KP JMG Malaysia. Pihak Jabatan juga telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 kepada para penerima iaitu En. Md Aris b. Md Esa, Pn. Nor Dassilla bt. Minhat dan En. Noor Azizi b. Ahmad. Tahniah kepada semua penerima.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah