MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2019 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2019 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 22 September 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat MBJ yang telah dipengerusikan oleh En. Noorazhar b. Ngatimin dan seterusnya penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor untuk anak-anak yang mengambil UPSR 2019. Kemudian sambutan hari lahir bagi bulan Ogos, September dan Oktober telah diraikan bersama-sama kakitangan yang menyambut. Majlis bersambung lagi dengan Majlis perpisahan En. Mohd Hisham b. Nawi yang akan berpindah ke pejabat JMG Kelantan, En. Mohd Fairee b. Omar yang akan berpindah ke Ibupejabat Kontinjen Polis Johor dan En. Mohamad Hafiza'al b. Mohamad Ali yang akan berpindah ke pejabat Ukur dan Pemetaan Johor. Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai yang diraikan.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah