MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 12/2022 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 12/2022 JMG JOHOR

Johor Bahru, 29 Disember 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd. Wahid dan bacaan ikrar oleh Pn. Norfazelah bt Hassan. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali terakhir untuk tahun ini.

Majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir untuk pegawai dan kakitangan JMG Johor untuk Oktober, November & Disember 2022.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah